BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 22, 2009

LAWAK MALAS


PADA suatu masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka. Tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang MALAS. Semasa perhimpunan itu, tampil seorang lelaki lantas mengaku…”Sayalah orang yang paling malas sekali di dalam kampung ini.”

Raja pun bertanya, “Kalau begitu, sila beritahu beta, apa tahap kemalasan kamu?”

Lelaki itu pun menjawab:”Kalau saya nak makan, kena ada orang yang tolong menyuapkan saya. Haa…macam tulah teruknya tahap kemalasan saya, tuanku.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi, lalu berkata: “Saya lebih malas lagi dari dia, tuanku!”

Raja pun bertanya kepadanya: “Sampai mana pulak tahap malas kamu tu?” Jawab lelaki itu: “Kalau saya makan pun, kena ada orang yang tolong kunyahkan.”

Raja geleng kepala. “Ish, ish, ish… teruk betul tahap kemalasan kamu ni, ya. Ini dah kira tahap maksimum ni. Jadi kamulah orang yang pa…” Belum sempat raja menghabiskan kata-katanya dan mengumumkan lelaki tersebutlah yang paling malas dalam kampung tersebut, tiba-tiba datang seorang lelaki kurus sambil berkata dengan suara yang lemah sekali, “Bukan dia… tapi sayalah yang paling malas sekali, tuanku…”

Raja pun bertanya: “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu?”

Jawab lelaki kurus itu dengan suara lembik: “Ish… nak cite pun malas…”

Ulfah nk tanya: Agak-agak sampai tahap manakah kemalasan kita ye?

1 comments:

Masterzizoul said...

cam kenal jer entri nie hehehe
Muallim nak ucapkan Ramadan kareem dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada Ulfah dan keluarga.