BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 24, 2009

kita hendaklah berusaha walaupun kita ini lemah tapi jgn sesekali kita berlagak/sombong




Cerita sang arnab dan kura-kura ini memang cukup tebal dengan moral.

Si arnab itu melambangkan mereka yang berlagak. Mungkin kerna ada harta, rupa, pangkat, kedudukan, kebijaksanaan atau apa saja mungkin juga kereta waja.

Sang kura-kura melambangkan mereka yang berstatus rendah, serba-serbi kekurangan, lambat berfkir dan lain-lain. Miskin kekuatan tapi kaya semangat, impian dan harapan.

Sang arnab kadang-kadang culas.Sejauh ini aku sampai tidak mungkin sang kura-kura lembap itu mampu mengatasiku. Matanya berat, usahanya kurang.

Sang kura-kura fikirannya suci, tiada dengki. Dia tiada rugi jika berusaha walaupun langkahnya kecil. Dia cuba berlari namun hakikatnya dia hanya melangkah. Tapi dia tiada malas. Dia tiada tidur.

Sang arnab terjaga dari lenanya. Mengeliat seketika, menggosok mata. Terkejut seperti beruk bila matanya melihat sang kura-kura hampir ke garisan penamat. Dia berlari cuba memintas namun kaki sang kura-kura hanya seinci saja lagi untuk melepasi alam derita, alam penuh nista sang arnab. Dia hanya berusaha, dia bukan sesiapa. Dia hanya ada usaha, doa dan harapan. Dia menang. Malang bagi sang arnab. Jangan sedih, banyak lagi perlumbaan, perlumbaan kedua akan ada.

Mungkin rakan kau tidak pandai. Baca buku berulang, telaah nota berkajang namun kau masih tidak ingat. Kegagalan semacam memburumu. Saat orang mengatakan kau malas, saat orang mengatakan kau tidak pernah mencuba, saat semangatmu luntur, jadilah sang kura-kura seketika. Betapa dia mencuba dan terus mencuba tanpa dibantu oleh sesiapa. Akhirnya dia berjaya juga. Tidak perlu jadi genius matematik, tidak perlu jadi anak bakal pengetua sekolah menengah, tak perlu itu semua. Senjatamu hanyalah masa. Masa itu emas, masa itulah rahsia, jangan tidur leka.

Kau jatuh, kau bangkitlah. Kau gagal, kau cuba lagi. Kau dikeji, pekakkan telinga. Kau curi masa, kau curi waktu. Tidak mengapa lambat asal kita berjaya. Apa salah jadi bodoh, apa salah jadi lembap, apa salah lambat dapat. Semua kurnia tuhan. Mereka yang pintar, cepat dapat kalau kuat tidur…. Kuat tidur…. Kuat tidur….kuat tidur…. akan ketinggalan juga.

Menjadi yang di atas bukan mudah, sesudah berada di atas ingat masih ada yang di atas, terlalu tinggi.

ulfah teringat kata-kata Martin luther king Jr

take the first step in faith
you dont have to see the whole staircase
just take the first step

Sunday, August 23, 2009

perkhemahan di Sungai Congkak.(anjuran sekolah)


Hari pertama,sabtu 8/08/2009

first,kitorang b'kumpul kat skola,pastu naik bas,dalam bas tu sejuk sgt.dah la sejuk,diorang bising plak tu.dpt tido dlm bas tu skejp je...bile bgn je tgk2 da smpai..kitorang turun amik beg,pastu b'kmpul kat tmpt mkn untk mkn breakfast,. ltk beg kat situ jugak ah,lps mkn basuh pinggan sendiri.pastu pergi berbaris ngan beg2 skali.guru kitorang bagi skit taklimat,pengenalan tmpt tu.lps taklimat tu terus je kitorang ltk beg dlm khemah,
.lepas ltk beg tu berbaris balek dpn dewan solat tu,..guru kitorang bagi sorang satu botol air.guru kitorang pon kenalkan org yg jaga tmpt tu...nama panggilan dia pakcik Nan,.pakcik Nan tu pon bwk kitorang gi jungle trekking kat hutan,.kitorang naik bukit la,turun bukit la,bes...bila turun bukit,kitorang kena duduk,buat mcm gelongsor sbb bukit tu licin,. bes sgt :)),.diorang sume nyanyi lagu ni>>"apa yg penting?Kerjasama."diorang nyanyi lagu tu sbb cikgu kitorang suruh bekerjasama.bile dah nak habis jungle trekking,kitorang sampai kat pokok rambutan,pakcik Nan bagi mkn rambutan tu tapi kene amik sendiri,.lps jungle trekking tu...mkn kot.lps mkn tu kitorang mandi sungai!!bes...lps tu mandi,solat zuhur b'jemaah,baca al-mathurat.pastu cikgu kitorang bagi rehat jap,..lps rehat ada game,...game tu smpai asar.lps gem tu mandi,solat asar,baca al-mathurat.bile da abis bace al-mathurat tu tunggu smpai maghrib.bile da maghrib solat b'jemaah,.lps solat maghrib ada skit tazkirah.pastu solat isyak.lps solat isyak,ada night walk.mase night walk gelap sgt,dala x boleh bawak torch light.mmg menakutkan.....mase tu pakcik Nan suroh pegi tiga org.itu pon dah kira selamat.pakci Nan suroh berdiri sape yg nk pegi dulu,

Saturday, August 22, 2009

LAWAK MALAS


PADA suatu masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka. Tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang MALAS. Semasa perhimpunan itu, tampil seorang lelaki lantas mengaku…”Sayalah orang yang paling malas sekali di dalam kampung ini.”

Raja pun bertanya, “Kalau begitu, sila beritahu beta, apa tahap kemalasan kamu?”

Lelaki itu pun menjawab:”Kalau saya nak makan, kena ada orang yang tolong menyuapkan saya. Haa…macam tulah teruknya tahap kemalasan saya, tuanku.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi, lalu berkata: “Saya lebih malas lagi dari dia, tuanku!”

Raja pun bertanya kepadanya: “Sampai mana pulak tahap malas kamu tu?” Jawab lelaki itu: “Kalau saya makan pun, kena ada orang yang tolong kunyahkan.”

Raja geleng kepala. “Ish, ish, ish… teruk betul tahap kemalasan kamu ni, ya. Ini dah kira tahap maksimum ni. Jadi kamulah orang yang pa…” Belum sempat raja menghabiskan kata-katanya dan mengumumkan lelaki tersebutlah yang paling malas dalam kampung tersebut, tiba-tiba datang seorang lelaki kurus sambil berkata dengan suara yang lemah sekali, “Bukan dia… tapi sayalah yang paling malas sekali, tuanku…”

Raja pun bertanya: “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu?”

Jawab lelaki kurus itu dengan suara lembik: “Ish… nak cite pun malas…”

Ulfah nk tanya: Agak-agak sampai tahap manakah kemalasan kita ye?

Sunday, August 02, 2009

hari ko kurikulum

assalamualaikum semua...............

hari ni ulfah nk cite pasal hari ko kurikulum 09 SEK. REN.ISLAM AL-MIN GOMBAK(SRIAAG)
TARIKH:26.7.2009
MASA:8.00-12.30
TEMPAT:SRIAAG
KELAB
ULFAH:kraftangan
mase hari ko ku 09 ade mcm2..yg tahun ni punye best..meriah tau.sbb ulfah ade kelab sendiri.biasenye ulfah 'berjaulah'(ziarah)je katkelab2 lain.ohya,terlupe plk kitorang ade mcm2 klb seprti:
  • kelab kraftangan
  • kelab mesra alam
  • kelabpenerbitan
  • kelab khat
  • kelab drama
  • kelab media banin(lelaki)
  • kelab media banat(perempuan)
  • kelab nasyid junior
  • kelab nasyid senior
*kelab nasyid untuk banin je....
mase hari ko ku ulfah gembira sangat sbb ulfah dapat tgk persembahan drama,nasyid dan mcm2 persembahan lagi..
lagi satu ulfah gembira sbb kelab kitorang pemenang pameran terbaik....
alhamdulillah..
okla penat dahni...
wassalamualaikum w.b.t.....