BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 22, 2009

ummi...

ummi,
ketika aku keluar
dari rahimmu
tidak ku tahu
di dunia manakah aku berada
tapi sudah dapat kurasakan
kasihsayang mu padaku.

ummi,
aku bangga dan kagum padamu
kerana kau sanggup mengharungi lautan luas
rela turuni lembah dan gaung yang curam
memaksa dirimu melaluinya
demi kesenanganku
anakmu.

ummi,
kau mengajarku
menjadi anak yang tabah menghadapi perit getir
yang telah kau alami sekian lama
tapi kaupendamkan di hati
tapi telah kau luahkan kepadaku kini
dalam melalui kehidupanku
anakmu
yang akan tiba.

ummi,
kini aku sudah matang
berhasil menyesuaikan diri kehidupan sebenar
mampu membezakan baik dan buruk.

ummi,
telah ku berjanji pada diriku
walaupun tinggal berjauhan
tidak akan engkau kulupakan
dan jasamu akan ku balas jua
akan ku balas jasamu
ummi.

Saturday, November 21, 2009

buat mu ibu

ibu,
dari kecil kudibelai
penuh kasih dan sayang
dari kecil kudiasuh
penuh kesempurnaan dan tanggungjawab
aku didik agar menjadi insan terpelihara
dari sebarang kemungkaran.

ibu,
kini dapat kunilai
dari sebutir keringatmu yang jatuh
yang membasahi tanah gersang
disertai sebuah harapan
agar ku berguna kepada agama dan negara.

ibu,
akan kubalas budimu
dengan sebuah keriangan
diserikan kedamaian
ini janjiku
tanda kasihku
tiada terhingga.

Thursday, September 10, 2009

JANGAN TINGGAGLKAN AKU TUHAN


Album : Diwani - Satu Peringatan


Tuhan…

Jangan tinggalkan aku Tuhan

Kalau Engkau tinggalkan aku Tuhan

Apalah erti hidup ini

Jika Engkau biarkan aku Tuhan

Segala yang ada tidak ada erti

Apalah erti hidup tanpamu Tuhan

Aku memerlukan Mu

Jika Engkau pimpin aku

Segala yang ada mempunyai makna

Setiap milikanku mempunyai erti

Kalau tidak memiliki apa-apa pun

masih mempunyai

Begitulah besarnya erti hidup ini

Bersama mu bahagialah hati

Cerialah muka walaupun papa

Kalau hidup ini tidak bersama mu

Hilanglah bahagia ceria tiada

Walaupun berkuasa dan kaya

Betapalah kalau miskin dan papa

Bertambah malang bahkan celaka

Engkau adalaha keperluan di dalam kehidupan

Engkau adalah cahaya menyuluh harapan

Engkau adalah diperlukan di dalam sebarang hal dan keadaan

Engkau adalah segala-galanya

Jangan tinggalkan aku Tuhan

Jangan biarkan aku Tuhan

Itulah harapanku padamu

Dengan rahmatmu

Tuhan harap tunaikan

Tuhan harap….

Harap….

Tunaikan…

Monday, August 24, 2009

kita hendaklah berusaha walaupun kita ini lemah tapi jgn sesekali kita berlagak/sombong




Cerita sang arnab dan kura-kura ini memang cukup tebal dengan moral.

Si arnab itu melambangkan mereka yang berlagak. Mungkin kerna ada harta, rupa, pangkat, kedudukan, kebijaksanaan atau apa saja mungkin juga kereta waja.

Sang kura-kura melambangkan mereka yang berstatus rendah, serba-serbi kekurangan, lambat berfkir dan lain-lain. Miskin kekuatan tapi kaya semangat, impian dan harapan.

Sang arnab kadang-kadang culas.Sejauh ini aku sampai tidak mungkin sang kura-kura lembap itu mampu mengatasiku. Matanya berat, usahanya kurang.

Sang kura-kura fikirannya suci, tiada dengki. Dia tiada rugi jika berusaha walaupun langkahnya kecil. Dia cuba berlari namun hakikatnya dia hanya melangkah. Tapi dia tiada malas. Dia tiada tidur.

Sang arnab terjaga dari lenanya. Mengeliat seketika, menggosok mata. Terkejut seperti beruk bila matanya melihat sang kura-kura hampir ke garisan penamat. Dia berlari cuba memintas namun kaki sang kura-kura hanya seinci saja lagi untuk melepasi alam derita, alam penuh nista sang arnab. Dia hanya berusaha, dia bukan sesiapa. Dia hanya ada usaha, doa dan harapan. Dia menang. Malang bagi sang arnab. Jangan sedih, banyak lagi perlumbaan, perlumbaan kedua akan ada.

Mungkin rakan kau tidak pandai. Baca buku berulang, telaah nota berkajang namun kau masih tidak ingat. Kegagalan semacam memburumu. Saat orang mengatakan kau malas, saat orang mengatakan kau tidak pernah mencuba, saat semangatmu luntur, jadilah sang kura-kura seketika. Betapa dia mencuba dan terus mencuba tanpa dibantu oleh sesiapa. Akhirnya dia berjaya juga. Tidak perlu jadi genius matematik, tidak perlu jadi anak bakal pengetua sekolah menengah, tak perlu itu semua. Senjatamu hanyalah masa. Masa itu emas, masa itulah rahsia, jangan tidur leka.

Kau jatuh, kau bangkitlah. Kau gagal, kau cuba lagi. Kau dikeji, pekakkan telinga. Kau curi masa, kau curi waktu. Tidak mengapa lambat asal kita berjaya. Apa salah jadi bodoh, apa salah jadi lembap, apa salah lambat dapat. Semua kurnia tuhan. Mereka yang pintar, cepat dapat kalau kuat tidur…. Kuat tidur…. Kuat tidur….kuat tidur…. akan ketinggalan juga.

Menjadi yang di atas bukan mudah, sesudah berada di atas ingat masih ada yang di atas, terlalu tinggi.

ulfah teringat kata-kata Martin luther king Jr

take the first step in faith
you dont have to see the whole staircase
just take the first step

Sunday, August 23, 2009

perkhemahan di Sungai Congkak.(anjuran sekolah)


Hari pertama,sabtu 8/08/2009

first,kitorang b'kumpul kat skola,pastu naik bas,dalam bas tu sejuk sgt.dah la sejuk,diorang bising plak tu.dpt tido dlm bas tu skejp je...bile bgn je tgk2 da smpai..kitorang turun amik beg,pastu b'kmpul kat tmpt mkn untk mkn breakfast,. ltk beg kat situ jugak ah,lps mkn basuh pinggan sendiri.pastu pergi berbaris ngan beg2 skali.guru kitorang bagi skit taklimat,pengenalan tmpt tu.lps taklimat tu terus je kitorang ltk beg dlm khemah,
.lepas ltk beg tu berbaris balek dpn dewan solat tu,..guru kitorang bagi sorang satu botol air.guru kitorang pon kenalkan org yg jaga tmpt tu...nama panggilan dia pakcik Nan,.pakcik Nan tu pon bwk kitorang gi jungle trekking kat hutan,.kitorang naik bukit la,turun bukit la,bes...bila turun bukit,kitorang kena duduk,buat mcm gelongsor sbb bukit tu licin,. bes sgt :)),.diorang sume nyanyi lagu ni>>"apa yg penting?Kerjasama."diorang nyanyi lagu tu sbb cikgu kitorang suruh bekerjasama.bile dah nak habis jungle trekking,kitorang sampai kat pokok rambutan,pakcik Nan bagi mkn rambutan tu tapi kene amik sendiri,.lps jungle trekking tu...mkn kot.lps mkn tu kitorang mandi sungai!!bes...lps tu mandi,solat zuhur b'jemaah,baca al-mathurat.pastu cikgu kitorang bagi rehat jap,..lps rehat ada game,...game tu smpai asar.lps gem tu mandi,solat asar,baca al-mathurat.bile da abis bace al-mathurat tu tunggu smpai maghrib.bile da maghrib solat b'jemaah,.lps solat maghrib ada skit tazkirah.pastu solat isyak.lps solat isyak,ada night walk.mase night walk gelap sgt,dala x boleh bawak torch light.mmg menakutkan.....mase tu pakcik Nan suroh pegi tiga org.itu pon dah kira selamat.pakci Nan suroh berdiri sape yg nk pegi dulu,

Saturday, August 22, 2009

LAWAK MALAS


PADA suatu masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka. Tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang MALAS. Semasa perhimpunan itu, tampil seorang lelaki lantas mengaku…”Sayalah orang yang paling malas sekali di dalam kampung ini.”

Raja pun bertanya, “Kalau begitu, sila beritahu beta, apa tahap kemalasan kamu?”

Lelaki itu pun menjawab:”Kalau saya nak makan, kena ada orang yang tolong menyuapkan saya. Haa…macam tulah teruknya tahap kemalasan saya, tuanku.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi, lalu berkata: “Saya lebih malas lagi dari dia, tuanku!”

Raja pun bertanya kepadanya: “Sampai mana pulak tahap malas kamu tu?” Jawab lelaki itu: “Kalau saya makan pun, kena ada orang yang tolong kunyahkan.”

Raja geleng kepala. “Ish, ish, ish… teruk betul tahap kemalasan kamu ni, ya. Ini dah kira tahap maksimum ni. Jadi kamulah orang yang pa…” Belum sempat raja menghabiskan kata-katanya dan mengumumkan lelaki tersebutlah yang paling malas dalam kampung tersebut, tiba-tiba datang seorang lelaki kurus sambil berkata dengan suara yang lemah sekali, “Bukan dia… tapi sayalah yang paling malas sekali, tuanku…”

Raja pun bertanya: “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu?”

Jawab lelaki kurus itu dengan suara lembik: “Ish… nak cite pun malas…”

Ulfah nk tanya: Agak-agak sampai tahap manakah kemalasan kita ye?

Sunday, August 02, 2009

hari ko kurikulum

assalamualaikum semua...............

hari ni ulfah nk cite pasal hari ko kurikulum 09 SEK. REN.ISLAM AL-MIN GOMBAK(SRIAAG)
TARIKH:26.7.2009
MASA:8.00-12.30
TEMPAT:SRIAAG
KELAB
ULFAH:kraftangan
mase hari ko ku 09 ade mcm2..yg tahun ni punye best..meriah tau.sbb ulfah ade kelab sendiri.biasenye ulfah 'berjaulah'(ziarah)je katkelab2 lain.ohya,terlupe plk kitorang ade mcm2 klb seprti:
  • kelab kraftangan
  • kelab mesra alam
  • kelabpenerbitan
  • kelab khat
  • kelab drama
  • kelab media banin(lelaki)
  • kelab media banat(perempuan)
  • kelab nasyid junior
  • kelab nasyid senior
*kelab nasyid untuk banin je....
mase hari ko ku ulfah gembira sangat sbb ulfah dapat tgk persembahan drama,nasyid dan mcm2 persembahan lagi..
lagi satu ulfah gembira sbb kelab kitorang pemenang pameran terbaik....
alhamdulillah..
okla penat dahni...
wassalamualaikum w.b.t.....


Wednesday, July 29, 2009

smile always.......

assalamualaikum semua........
hari ni ulfah nak tulis nasyid.

nasyid dia mcm ni:

senyum seindah suria yg membawa cahya senyumla dari hati duniamu berseri.......=))senyum umpama titian dlm kehidupan...kau ter senyum...=) ku tersenyum=)kemesraan menguntum...senyum......=)))kepada semua senyuman mu amatlah berharga.....senyum......=)))seperti rasulullah.dgn senyuman..terjalinlah......
ukhuwah.

semoga semua dpt hafal......
wassalamualaikum w.b.t
selamat menghafal....^_^

Tuesday, July 28, 2009

Who I Want to Meet?

I would like to meet good heart and good atitue persone.thank you.:-) Friendship (-:

Many people will walk in and out of your life.
But only true friends will leave footprints in your heart.
To handle yourself, use your head;
To handle others, use your heart.



Friends
Anger is only one letter short of danger
If someone betrays you once, it is his fault;
If he betrays you twice, it is your fault.

Great minds discuss ideas;
Average minds discuss events;
Small minds discuss people.
He, who loses money, loses much;
He, who loses a friend, loses much more;
He, who loses faith, loses all.

Beautiful young people are accidents of nature,
But beautiful old people are works of art.

Learn from the mistakes of others
You can't live long enough to make them all
yourself.

Friends, you and me...
You brought another friend...
And then there were 3...
We started our group...
Our circle of friends...
And like that circle...
There is no beginning or end...

Yesterday is history.
Tomorrow is mystery.
Today is a gift.
That is why it is called the present.
Show your friends how much you care...
Send this to everyone you consider a FRIEND.
If it comes back to you, then you'll know you
have a circle of friends.



When you receive this letter,
I recommend that you send it to all your friends,
including the person who sent it to you!

You don't have to send it to your friends, it's your choice.
I don't want to force you to do it, but trust me;
it's always good to tell your friends
some nice words now and then
and that you care...

Berilah Salam...

Assalamualaikum.....

Ulfah disini ingin menceritakan tentang memberi salam.... Sebab tulah Ulfah selalu tulis Asslamualaikum..... hehehe...... ...sebenarnya cerita ni dah lama dah Ulfah dengar masa usrah. usrah ada pada setiap hari Rabu.... Muallimah (Guru Perempuan) ceritakan pasal Assalamualaikum... Ulfah dan kawan-kawan yang lain buat drama pasal Assalamualaikum... best... Ulfah terer berdrama.....
Kat sekolah Ulfah ada kelab... Ulfah masuk kelab kraftangan.... Best jugak muallimah cerita pasal Assalamualaikum... Ladies and Gentle nak dengar tak? hehehe.... Cerita ni pasal zaman para sahabat....Ceritanya begini mulanya....
Pada suatu hari, para sahabat berjumpa dengan NABI MUHAMMAD s.a.w.. Lepastu, para sahabat bertanya, Asslamualaikum dan NABI MUHAMMAD pun menjawab salam nyer... Lepastu, para sahabat pun bercakap Asslamualaikum lagi, lalu NABI MUHAMMAD menjawab balik.... Dan, para sahabat mengulang dan NABI MUHAMMAD manjawab lagi.... Para sahabat mengulang-ngulang lagi, lalu NABI MUHAMMAD menjab banyak kali...
Maksudnyer, Tanya Assalamualaikum, jawab... tanya, jawab...macamtu.... bukanyer tanya banyak kali, jawab banyak kali... bukan.... Jadi Ladies and Gentle tahu tak kenapa para sahabat bertanya banyak kail? Sebab, Doa' NABI MUHAMMAD tu, akan selalu dimakbulkan oleh ALLAH..... Jadi, bertanyalah Assalamualaikum itu kepada orang-orang yang kita kenal... tak kenal pon, tanya jer..... ok.... bye.....
Wassalam


assalamualaikum semua...........
ari ni ulfah nak cite pasal gambar 3 orang tgh baring tu......

oh ya,semua sihat ?????hari ni ulfah sihat .
kembali ke crita asal....

yang kat knn tu kakak ulfah,Wan Afrah.mailnye erika_kyrez.yg tgh tu anak buah,wafiyah.dan yg kiri tu abg ipar,safwan.mailnye saff_83.

sampai disini sahaja ulfah bercerita
wassalamualaikum.................

Monday, July 27, 2009

الحياة ومعناها

إن مهمتي الرئيسية اليوم هي أن أتعلم بالجد والاجتهاد وأن أكرس جميع جهودي بصرف النظر عما ألاقيه من المشقات والصعوبات.


وأحياناً لقد تذكرت بما حدث لي في الماضي حول المشقات والصعوبات التي منيت بها قبل أن وصلت إلى هذا الموقع.


قد ارتكبت خطأً فظيعاً ، وطول حياتي هذه لا أستطيع أن أتغاضى عنه وأنني أرى غضاضةً في نفسي. لا أبالغ إذا قلت أنني أعيش في الندم مليئاً بالحزن الشديد ولا أنظر الحياة إلا بنظرة سيئة (التشاؤم). وهذا الضعف المخزي ما هو إلا نتيجةً لعدم مبالتي للدراسة حينما كنت طالبا في مرحلة البكالوريوس ولكن من المستحيل علي أن ألوم أحداً إلا نفسي على هذا الفشل المخزي.


وبالطبع أنني أناضل وأكافح للحصول على النجاح مع أن هذا ليس بأمر سهل وهين والواقع أنني لستُ عبقرياً كما صوره الآخرون.


آمل أنني سأستطيع أن أواصل الدراسة بدون المشكلة والصعوبة وإن تكون فما هي إلا مجالاً لتحسن نفسي ليكون إنساناً قوياً وجدانياً.


والمأمول في النهاية أن كل المشكلات والصعوبات المتحدية لا يمكن التخلص منها إلا بالعمل الدائب والصبر والمثابرة والذكاء واليقظة. وهذا ليس قاصراً علي فقط بل يشمل على الآخرين أيضا.


Aku Melayu

Aku Melayu
Bangsaku gah dulu
Kini tiada lagi cerita itu

Kini yang ada hanya
Sisa-sisa kenangan
Bukan lagi tuan
Terlebih kita bertolak ansur
Negara hampir tergadai

Sang petualang rakus itu
Bertuhankan kertas-kertas ringgit
kemanusiaannya kurang
Keuntungan hanya keuntungan

Jangan hilang jati diri
Islam agamaku dan aku melayu
Toleransi dalam darahku
Tapi jangan dipijak maruah ini

Perlukan masa untuk berubah
Setelah 400 tahun lebih kami dijajah
Pemikiran terlalu lemah
Tapi kami sedang berlari
Teruskan jangan tertipu
oleh petualang menumpang lalu
Yang halus seninya menipu
Negara bangsa melayu

kersik tapak kaki cinta

Ini adalah coretan seorang sahabat yang dapat saya copy semasa chating " درردشة" dengannya ketika meluahkan perasaannya mengenai Cinta. Bergitu lama dia bergelumang dengan dunia cinta, menghirup udara cinta, bercakap dialog cinta, namun dia gagal memahami erti cinta. Sukar difahami, susah dimengerti.

memaut harapan yang tenggelam
air mata berguguran
menyapa penantian yang kecundang
beginikah seksanya hidup dalam penantian
setiap detik kulalui
jiwaku gelisah membisu
tetap setia menantimu
bayanganmu entah kemana
mengapakah kita harus ditemukan
jika penghujungnya berbeza……….


Ghurubnya matahari hari ini masih membawa erti wahai sahabat, jika kau cari erti mengapa kau disini.
Memang hebat monolog dirinya tepu dengan tamsil dan metafora
sukar dan sukar....

mataku melihat


Apa yang telah mataku lihat

Aku lihat ketaksuban mendinding ilmu
Benar dikata salah Salah dikata benar
walhal ilmu menggunung tinggi

Apa yang telah mataku lihat

Aku lihat mereka yang bercetera dengan agama
Berjerebu mata hati dengan asap amarah
Mungkin saja membutakannya

Apa yang telah mataku lihat


Aku lihat pelita hati semakin malap
Sang alim menikus diam
Yang lain jangan bicara
Yang lain diam saja

Apa yang telah mataku lihat


Aku lihat tiket-tiket ke syurga sekarang
Aku juga lihat penghuni-penghuni neraka
Mungkin wahyu bocor dimana-mana

Apa yang telah mataku lihat


Aku lihat adat merantai wahyu
Warisan menimbus sunnah
Menjadi penyemu sudahnya

Apa yang telah mataku lihat

Aku lihat...
Api syirik membakar hangus
Akar khurafat menjalar hebat
Benih bida’ah subur dahsyat
Gugur wahyu rabbani
Dari dada pendeta
Dalil culasnya anak adam
Untuk menelaah wahyu lagi

monolog dengan orang-orang

Acap-acap aku dengar

Suara yang mengacarai cakapnya

Tidak acuh dengan nasibnya

Dirinya bukan dirinya katanya

Mengelayau pandang

Apakah yang diliputi dan yang terakalkan

Kelebaklah lembaran-lembaran dulu

Orang atau orang-orang

menikusnya akademikus

boycott israel products!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

boycott israel products!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


assalamualaikum semua................

sihat????????????????? disini semua sihat..harap disana pon sihat jugak..hehehe
ulfah nak cite pasal tadi ni..tadi ulfah pergi rumah aisyah.ada asma', asiah tapi makcik azian ngan abbas takde.. asma' ngan asiah datang semalam lagi ..tadi kat rumah asyah kitorang main kat padang.kat padang pulak kitorag main wonderpets2.lfah jadi linny,zharif(adik ulfah) jadi tak,aisyah jadi ming,asiah pon jadi ming,asma' jadi red ry dan filzah
(adik ulfah) jadi binatang dlm kesusahan.pastu kitorang masuk rumah.kat rumah kitorang main cikgu2.main menari2 and then kitorang makan.pastu kitorang balik.

sekian cerita dari ulfah.

wassalamualaikum w.b.t.